Pages

Friday, January 11, 2008

Mencari Sharlinie....




Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.



Musa berkata, lakaran itu turut diedar kepada media bagi membantu siasatan polis yang dibuat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak daripada penjagaan sah dan mereka yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun.


"Kita akan bertindak pantas mengesan suspek dan melancarkan gerakan besar-besaran serta berharap saksi kejadian terutama peniaga dan orang ramai tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di IPD Petaling Jaya, di sini, semalam.


Berdasarkan maklumat kakaknya, Sharliena, 8, seorang wanita berambut paras leher dan memakai kasut tumit tinggi mengumpan adiknya dengan gula-gula sebelum menariknya masuk ke dalam kereta berwarna hitam lalu melarikannya.


Mangsa adalah kanak-kanak perempuan kedua dilaporkan hilang dalam tempoh kurang 48 jam di situ, selepas Nur Fatihah Zaidi, 6, dilarikan seorang lelaki bermotosikal ketika bermain di taman permainan Pangsapuri Desa Sepakat, kira-kira enam kilometer dari situ sebelum ditemui ditinggalkan di Wangsa Maju.


Sementara itu, Shahrizat berkata, kerjasama semua pihak khususnya orang ramai dan media dalam membantu menjejaki Sharlinie dan suspek amat diperlukan bagi mengelak kes seperti yang berlaku terhadap Nurin Jazlin berulang. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes kehilangan Sharlinie boleh menghubungi polis di talian 03-79662184/2177 atau SMS ke Rakan Cop, di nombor 32728.

Gambar : Berita Harian

Sumber : Berita Harian



No comments: