Pages

Friday, May 30, 2008

Melencong ke Berjaya Hill

Pada mulanya niat tu hanya untuk menghadiri jemputan perkahwinan di Termeloh, tapi alang- alang dah sampai ke negeri Pahang ni singgah sekejap di bukit peranginan ini.Yealah ini adalah julung-julungnya saya menjejakkan kaki kesini, yakni satu lagi tempat percutian tanah tinggi dan ingin jugak tahu apa dia keistimewaannya di puncak Bukit Tinggi ( kini Berjaya Hill ) ni.
Tapi keadaan di puncak bukit itu tidaklah sesejuk di Genting Highland @ Cameron Highland, akan tetapi kehadiran Berjaya Hill ini dalam industri pelancongan, memberi kita sebagai pengguna untuk membuat pilihan sebagai tempat beristirehat dan bercuti bersama-sama dengan keluarga & orang yang disayangi. Berada di Colmar Tropicale rasanya seakan-akan berada di Perancis. Ini kerana rekabentuk bangunannya semua mengikut rekabentuk sebenar Colmar Village di Alsace, Perancis.
Tiga jam berada di atas puncak Berjaya Hill ini cukup memberikan inspirasi kepada seseorang menyimpan perasaan untuk melancong ke luar negara ( bagi mereka yang tidak pernah ke luar negara ).Persekitarannya memang cukupberbeza jika dibandingkan di dalam negara kita. Tetapi keriangan mengejar sang arnab di Taman Arnab benar-benar menyimpan memori indah dan saya rasa di sinilah puncaknya keriangan ketika berada di Berjaya Hill.

Wednesday, May 28, 2008

Perkahwinan seorang sahabat

Inilah saat-saat yang ditunggu oleh semua pasangan untuk melengkapkan sesuatu ikatan perhubungan antara lelaki dan wanita, Perkahwinan. Perkahwinan adalah detik permulaan bagi pasangan untuk membina sebuah keluarga yang direstui dan di rahmati oleh agama dan masyarakat sekeliling.


Pada 25 Mei 2008 yang lepas, saya bersama isteri dan rakan sekerja pergi ke majlis perkahwinan antara Nazrul dgn pasangannya Suhaila di Termeloh, Pahang.


Tuesday, May 27, 2008