Pages

Monday, June 16, 2008

Genting Highland - Akan Datang


New update:-

http://minescreativeproduction.blogspot.com/ - Mines Creative Production http://brodinthebest.fotopages.com/ - Another blog from me

Thursday, June 12, 2008

Lencongan Di Hadapan - Lata Kinjang

Sekali lagi lencongan dilakukan, kali ini di Bidor Perak. Semuanya kerana peribahasa ini, "sambil menyelam, sambil minum air" dan "alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan". Bersesuaian juga pada masa sekarang kerana harga minyak petrol telah naik, jadi alang-alang sampai ke Bidor ni kita terjahlah ke Lata Kinjang untuk menenangkan fikiran setelah seminggu bekerja.


Untuk majlis pengantin perempuan ini diadakan serba ringkas dan sederhana dengan berbudayakan masyarakat kampung. Suasananya ceria dengan kehadiran orang-orang kampung, sahabat-andai dan juga rakan sekerja ke majlis persandingan ini. Kami difahamkan majlis pernikahannya berlangsung di sebelah pagi dan terus disambung dengan majlis persandingan.


Kehadiran kami agak lewat sedikit walaupun kami bertolak dari Kuala Lumpur seawal 10.30 pagi, Ini kerana pasangan pengantin sedang menjamu selera ( makan beradab ) setibanya kami disana. Agak kecewa sedikit, tapi tidak mengapa memandangkan perut masing-masing sudah lapar, kami layan dulu nasi kenduri ( nasi minyak ) pengantin. Peah secara jujurnya masakan secara kampung ni memang menyelerakan kami sehingga ada diantara kami meneruskan pusingan kali kedua ( 2-round makan ) kerana masakanya memang sedap.



Berbekalkan nasi kenduri ( full tank ) kami meneruskan perjalanan destinasi seterusnya Lata Kinjang. Nasib baik ada diantara kami ni memang berasal dari negeri Perak, jadi seawal perjalanan kami kesini ( Lata Kinjang ) semuanya selamat sampai ke destinasi. Perkelahan kami ini tidak lama kerana dengan kehadiran hujan yang memaksakan kami mengundurkan diri setelah hampir 2 jam menikmati kesejukan air dan keindahan alam & flora. Kami rasa amat puas kerana dapat menikmati dan menunaikan hajat untuk sampai ke Lata Kinjang ini.

Kepada Pasangan Pengantin, Selamat Pengantin Baru dari kami........

Kita jumpa lagi di destinasi yang lain untuk menyahut kempen " ZOOM MALAYSIA".

New update

http://minescreativeproduction.blogspot.com/ - Mines Creative Production http://brodinthebest.fotopages.com/ - Another blog from me

Tuesday, June 10, 2008

Thursday, June 5, 2008

Parit Buntar



Parit Buntar - Pekan yang tidak terfikir oleh seseorang yang mendengar nama tempat "Parit Buntar". Akan tetapi di Bandar Baru Parit Buntar ini boleh lah dikatakan serba-serbi lengkap seperti di bandar Ipoh.

Dua hari satu malam kami di sana atas tiket tugasan daripada MCProduction untuk majlis perkahwinan pasangan Azwan dan Siti. Kami sebagai videographer pada masa tu memang dilayan seperti tetamu vip. Apa yang pasti kami memang cukup senang bekerja dengan pasangan pengantin baru Azwan dan Siti. - Selamat Pengantin Baru.





Selesai saya tugasan tersebut, kami mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan pekan Parit Buntar kerana ini adalah pertama kali kami sampai di Parit Buntar. Biar pun sedikit kepenatan, tetapi dengan rasa terujanya kami mengambil 2,3 'shoot' gambar untuk kenang-kenangan.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur melalui lebuhraya PLUS, kami terkandas dalam kesesakkan lalulintas selama 2 jam dari Perhentian Sg.Perak sehingga Plaza Tol Jelapang (Ipoh ). Memang memenatkan kerana sepatutnya jangkamasa perjalanan hanyalah mengambil masa 3-4 jam tetapi tempoh masa perjalanan kami pada ketika itu mengambil masa 6 jam untuk sampai ke Kuala Lumpur.








Monday, June 2, 2008