Pages

Thursday, June 5, 2008

Parit Buntar



Parit Buntar - Pekan yang tidak terfikir oleh seseorang yang mendengar nama tempat "Parit Buntar". Akan tetapi di Bandar Baru Parit Buntar ini boleh lah dikatakan serba-serbi lengkap seperti di bandar Ipoh.

Dua hari satu malam kami di sana atas tiket tugasan daripada MCProduction untuk majlis perkahwinan pasangan Azwan dan Siti. Kami sebagai videographer pada masa tu memang dilayan seperti tetamu vip. Apa yang pasti kami memang cukup senang bekerja dengan pasangan pengantin baru Azwan dan Siti. - Selamat Pengantin Baru.





Selesai saya tugasan tersebut, kami mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan pekan Parit Buntar kerana ini adalah pertama kali kami sampai di Parit Buntar. Biar pun sedikit kepenatan, tetapi dengan rasa terujanya kami mengambil 2,3 'shoot' gambar untuk kenang-kenangan.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur melalui lebuhraya PLUS, kami terkandas dalam kesesakkan lalulintas selama 2 jam dari Perhentian Sg.Perak sehingga Plaza Tol Jelapang (Ipoh ). Memang memenatkan kerana sepatutnya jangkamasa perjalanan hanyalah mengambil masa 3-4 jam tetapi tempoh masa perjalanan kami pada ketika itu mengambil masa 6 jam untuk sampai ke Kuala Lumpur.








1 comment:

Mat Noor Md Zain said...

wellcome 2 parit buntar town.. next time sampai lagi bleh calling², bleh bawak jalan² kat lokasi yg lebih best..