Pages

Thursday, January 31, 2008

Saat-saat yang Mengembirakan





Undian anda amat DIHARGAI
Untuk menentukan saat-saat gembira sentiasa dihargai....





Monday, January 21, 2008

KL dan Putrajaya diistiharkan Cuti Umum untuk Perayaan Thaipusam



Kini perayaan Thaipusam telah diisytiharkan sebagai cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tahun ini, yang akan disambut lusa ( 23 Januari 2008 ).


Pengumuman rasmi ini disampaikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran MIC Wilayah Persekutuan, semalam. Kerajaan membuat keputusan itu sebagai menghormati permintaan masyarakat India dan penganut Hindu.


Masyarakat India, terutama di Kuala Lumpur, telah lama mengharapkan kerajaan mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum dan ketika merasmikan Pesta Ponggal di Jalan Masjid India malam tadi, Perdana Menteri berjanji untuk menimbangkan permintaan mereka.


Cuti umum ini akan membolehkan lebih ramai penganut yang beragama Hindu, khususnya dari Selangor dan Kuala Lumpur dan sekitarnya, berkumpul di Batu Caves untuk menyambut perayaan Thaipusam tahun ini, katanya. "Saya sendiri juga tidak perlu menghadiri mesyuarat Kabinet Rabu ini kerana Putrajaya juga bercuti, maka saya akan berada di Batu Caves nanti," kata Menteri Kerja Raya itu. Sebagai Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu merakamkan penghargaannya bagi pihak kaum India atas keputusan kerajaan itu.

Sebelum ini hanya Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang yang mengisytiharkan perayaan Thaipusam sebagai cuti umum.


Saturday, January 19, 2008

Pelancaran Proton SAGA Generasi Baru

Proton, setelah usia mencecah 23 tahun dalam dunia permotoran automotif, sekali lagi mengorak langkah dengan pembangunan model baru yang ke-16 iaitu Proton SAGA BLM. Kejayaan ini bakal meneruskan 'kejayaan' model pertama yang dikeluarkan pada tahun 1985.

Gambar Sumber : Berita Harian Online

Proton SAGA generasi baru ini, menggunakan enjin Campro 1.3 liter yang dibangunkan Proton, ditawarkan dalam tujuh warna dan lima versi pada harga antara RM31,500 sebuah (termasuk insurans) hingga RM39,998 sebuah dan dijangka menjadi 'kereta rakyat'.




Klik disini untuk membuat tempahan Proton SAGA BLM

Wednesday, January 16, 2008

Malaysian Dotcom Youth Search 2008 - Awards Presentation Ceremony


Greetings from YouthMalaysia!

The following are details with regards to the event and the results of the Malaysian Dotcom Youth Search 2008 will only be announced on the ceremony.

Event : The Malaysian Dotcom Youth Search Awards
Date : 18th January 2008
Time : 11.00 am – 12.00 pm
Venue: Main Stage, Hall 4, Putra World Trade Centre

3. The program rundown of the event would be as follows:

10.30am - Registration (Outside Hall 4)
11.00am - Arrival of Guest of Honour
- YB Dato’ Kong Cho Ha
11.05am - Opening Remarks by Master of Ceremony
11.10am - Welcoming address by Mr. Joel Neoh Eu-Jin
(Organizing Chairman of YOUTH’08 cum Project Director of YouthMalaysia.com)
11.15am - Keynote by YB Dato’ Kong Cho Ha
(Deputy Minister of Science, Technology & Innovation cum
MCA New Technology & Innovation Bureau Chairman)
11.35am - Presentation of The Malaysian Dotcom Youth Search Award 2008
11.40am - Souvenir Presentation
11.45am - Lunch

4. Since seats are limited, we would need you to confirm your attendance for the event. Kindly RSVP with your name and contact number via email to pd@youthmalaysia.com by Thursday (17th January 2008), 5.00 pm.

For more infomation and detail please click here

Friday, January 11, 2008

Sekitar Majlis Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1429 Hijrah/2008 Masihi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

PUTRAJAYA 10 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu rakyat Malaysia mengutamakan perpaduan dan persefahaman serta menjauhi segala perkara yang boleh mewujudkan suasana tegang.

Seri Paduka bertitah, rakyat juga perlu sentiasa bertolak ansur, bekerjasama, berbaik sangka dan berusaha memastikan keamanan dan kedamaian negara sentiasa terpelihara.

‘‘Pada masa yang sama, hendaklah dijauhi daripada wujudnya suasana yang tegang, tidak menghormati sesama sendiri dan tidak melakukan perkara sensitif atau tidak mematuhi undang-undang,” titah Seri Paduka pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1429H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sambutan Maal Hijrah tahun ini bertema Menjana Ummah Gemilang dipilih bagi mendorong umat Islam negara ini menjana kecemerlangan diri bagi mengembalikan semula kegemilangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya.



Sumber : Utusan Malaysia Online

Mencari Sharlinie....




Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.



Musa berkata, lakaran itu turut diedar kepada media bagi membantu siasatan polis yang dibuat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak daripada penjagaan sah dan mereka yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun.


"Kita akan bertindak pantas mengesan suspek dan melancarkan gerakan besar-besaran serta berharap saksi kejadian terutama peniaga dan orang ramai tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di IPD Petaling Jaya, di sini, semalam.


Berdasarkan maklumat kakaknya, Sharliena, 8, seorang wanita berambut paras leher dan memakai kasut tumit tinggi mengumpan adiknya dengan gula-gula sebelum menariknya masuk ke dalam kereta berwarna hitam lalu melarikannya.


Mangsa adalah kanak-kanak perempuan kedua dilaporkan hilang dalam tempoh kurang 48 jam di situ, selepas Nur Fatihah Zaidi, 6, dilarikan seorang lelaki bermotosikal ketika bermain di taman permainan Pangsapuri Desa Sepakat, kira-kira enam kilometer dari situ sebelum ditemui ditinggalkan di Wangsa Maju.


Sementara itu, Shahrizat berkata, kerjasama semua pihak khususnya orang ramai dan media dalam membantu menjejaki Sharlinie dan suspek amat diperlukan bagi mengelak kes seperti yang berlaku terhadap Nurin Jazlin berulang. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes kehilangan Sharlinie boleh menghubungi polis di talian 03-79662184/2177 atau SMS ke Rakan Cop, di nombor 32728.

Gambar : Berita Harian

Sumber : Berita Harian



Friday, January 4, 2008

Majlis Perkahwinan Arash Mohd dan Noor Afidahwati Mohamad

Dramatis kacak berusia 38 tahun ini bersyukur kerana 2007 diakhiri dengan catatan bermakna apabila sah menjadi suami kepada Noor Afidahwati Mohamad, 28 tahun, pada 25 Disember 2007 lalu. "Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sehingga saya selamat menjadi suami tepat jam 9.45 pagi,"katanya.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Abdullah Mohd Arif di kediaman pengantin perempuan di Taman Jasa, Kuala Kangsar. Menjalin ikatan pertunangan selama empat bulan pada 28 Julai lalu, selepas dua kali lafaz, Arash berdoa perkahwinannya dengan Afidahwati akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Pada majlis serba sederhana, Arash membawa tujuh dulang hantaran dibalas sembilan oleh pihak perempuan. Afidahwati turut menerima wang hantaran RM8,888 serta mas kahwin RM101 pada tarikh pernikahan yang sama dengan ulang tahun kelahiran ibu Arash, Aminah Shahirin. "Memang kami memilih untuk tidak bertunang lama kerana dugaan di alam pertunangan terlalu mencabar.
Alhamdulillah jodoh kami kuat dan seperti pasangan lain, tiada lain yang didoakan kecuali pernikahan ini berkekalan hingga ke akhir hayat," katanya. Pasangan ini mula berkenal sekitar lima tahun lalu, dimana awal perhubungan langsung tidak terlintas ia akan diakhiri dengan sebuah ikatan suci.
Sebelum menyampaikan hajat untuk menyuntingnya sebagai suri hidup, kami bersama memohon keizinan keluarga. "Selepas bertemu keluarga Afidahwati, saya membawanya berjumpa dengan keluarga saya di Kajang, Selangor. Alhamdulillah, jalan untuk kami membina masjid terbentang tanpa sebarang halangan.
Memilih untuk terlebih dulu berbulan madu di Pulau Pangkor, Arash turut bercadang membawa isterinya itu ke Dublin, Ireland selepas selesai majlis persandingan di pihak lelaki nanti. "Kebetulan adik saya yang bekerja dan menetap di sana tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan kami, jadi kami mengambil kesempatan untuk ke sana.
Insya-Allah, saya akan mengundang semua pihak yang banyak berjasa kepada perkembangan karier seni saya pada majlis persandingan sebelah lelaki pada 10 Februari ini di Kuala Lumpur. Saya tidak akan lupa itu," kata Arash ketika dihubungi, baru-baru ini.


Sumber : Berita Harian

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1429H/2008M


Majlis Sambutan Maal Hijrah 1429H/2008M
PROGRAM-PROGRAM SEMPENA MAAL HIJRAH


1. Siaran Langsung Forum Khas Ma'al Hijrah di TV1

Tarikh : 9 Januari 2008 (Rabu)

Tempat : Siaran langsung dari Masjid Negara Masa : 6.30 petang

Tajuk : Menjana Ummah Gemilang


2. Majlis Kesyukuran

Tarikh : 9 Januari 2008 (Rabu)

Tempat : Masjid Negara

Masa : 7.00 malam

Aturcara utama

- Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

- Siaran langsung azan Maghrib 1 Muharram 1429H dari Masjid Negara

- Bacaan Yassin dan Tahlil

- Jamuan makan malam



3. Perhimpunan Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan


Tarikh : 10 Januari 2008 (Khamis)

Tempat : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC)

Masa : 9.00 pagi

Aturcara utama

- Perasmian Sambutan Ma'al Hijrah 1429H oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong

- Pengurniaan Tokoh Ma'al Hijrah 1429H

- Persembahan Khas Ma'al Hijrah oleh kumpulanNow See Heart

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Thursday, January 3, 2008

Permulaan Detik Terbaru Proton SAGA


Proton telah mengeluarkan "Teaser TV Commercial - TVC " model terbaru mereka " A New SAGA Begins" untuk tontonan kita dan tempahan para peminat setia kereta nasional. Proton yang kini cuba menyusun strategi-strategi untuk bersaing dengan pengeluar-pengeluar kereta antarabangsa, khususnya dari Asia bagi memastikan kereta keluaran negara kita Malaysia tidak ketinggalan dari segi R&D dan kereta-kereta model terbaru.
Kini hanya menunggu masa untuk majlis pelancaran model terbaru Proton. Bagi saya sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana negara kita Malaysia mampu mengeluarkan keretanya sendiri dan bersaing dalam industri permotoran pada peringkat antarabangsa. Bukan mudah untuk Proton bertahan selama 20 Tahun dalam mencari peluang dan idea dalam R&D dengan persaingan yang semakin sengit kerana kini masyarakat global khususnya cuba mencari alternertive untuk mencipta kereta yang mesra alam dan moden.

Panasonic Video Camera untuk diJUAL

Item Details:

1) Still in good contiditon
2) Good for profesional videographer
3) This inc. original battery, charger & ext. microphone


Camera Description

  • Superior Digital Recording
  • 4-Channel PCM Audio
  • Manual Focus, Manual Iris, and More
  • Program AE
  • IEEE1394 DV In/Out terminal


Other Features

- Power Consumption: 6.6 W
- Minimum Illumination: 5 lux
- 12x Optical Zoom
- Color Playback Function
- Jog Menu Dial
- Auto White Balance
- Video and S-Video Out
- Mic In and Audio Out

Untuk maklumat lanjut sila klik disini

MD10000

Camera Description

- Trigger and zoom lever on top handle grip
- AutoManual Focus Switch
- Power LCD - 2.5 inch colour LCD
- Colour Night View and Zero Lux Night View
- 10x Optical Zoom Lens and Digital Zoom
- 3CCD and Advanced Colour Pure Engine
- Built-in stereo microphone
-IEEE 1394 DV In/Out terminal
- Video and S-Video Out
- Mic In and Audio Out
- Digital EIS (Electronic Image Stabilizer)

Untuk Maklumat Lanjut sila klik disini

Peluang untuk memiliki set Video Camera Profesional sendiri.

Tuesday, January 1, 2008

Selamat Tahun Baru 2008

" HEALTH makes all thing are posssible

WEALTH makes all thing work

HAPPINESS makes all things beatiful

Wish YOU have all this 3 thing alway!!

and

" The Year has almost gone, but made us strong

The path was long, but we walked with a song

There were fears & tears, but we also had reasons for cheers.

Wishing you Happy Memories of Last Year &

Have a great beginning for the next year

HAPPY NEW YEAR 2008 "

Sejenak kita renungkan seketika tahun yang berlalu 2007, apa yang telah kita lakukan, korbankan dan tunaikan untuk melengkapkan diari kita selama 12 bulan. Pada saya, tahun 2007 merupakan tahun yang begitu mencabar dalam karier dan juga kehidupan rumahtangga saya. Dengan cabaran yang ada itulah juga yang mematangkan dan memberi peluang kepada saya untuk memperbaikinya pada tahun2 yang mendatang.

Semoga pada tahun 2008 ini akan memberi sinar dan harapan yang baru bersama-sama keazaman yang lebih kuat untuk mengorak langkah mencipta kejayaan demi kejayaan

SELAMAT TAHUN BARU 2008