Dramatis kacak berusia 38 tahun ini bersyukur kerana 2007 diakhiri dengan catatan bermakna apabila sah menjadi suami kepada Noor Afidahwati Mohamad, 28 tahun, pada 25 Disember 2007 lalu. "Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sehingga saya selamat menjadi suami tepat jam 9.45 pagi,"katanya.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Abdullah Mohd Arif di kediaman pengantin perempuan di Taman Jasa, Kuala Kangsar. Menjalin ikatan pertunangan selama empat bulan pada 28 Julai lalu, selepas dua kali lafaz, Arash berdoa perkahwinannya dengan Afidahwati akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Pada majlis serba sederhana, Arash membawa tujuh dulang hantaran dibalas sembilan oleh pihak perempuan. Afidahwati turut menerima wang hantaran RM8,888 serta mas kahwin RM101 pada tarikh pernikahan yang sama dengan ulang tahun kelahiran ibu Arash, Aminah Shahirin. "Memang kami memilih untuk tidak bertunang lama kerana dugaan di alam pertunangan terlalu mencabar.
Alhamdulillah jodoh kami kuat dan seperti pasangan lain, tiada lain yang didoakan kecuali pernikahan ini berkekalan hingga ke akhir hayat," katanya. Pasangan ini mula berkenal sekitar lima tahun lalu, dimana awal perhubungan langsung tidak terlintas ia akan diakhiri dengan sebuah ikatan suci.
Sebelum menyampaikan hajat untuk menyuntingnya sebagai suri hidup, kami bersama memohon keizinan keluarga. "Selepas bertemu keluarga Afidahwati, saya membawanya berjumpa dengan keluarga saya di Kajang, Selangor. Alhamdulillah, jalan untuk kami membina masjid terbentang tanpa sebarang halangan.
Memilih untuk terlebih dulu berbulan madu di Pulau Pangkor, Arash turut bercadang membawa isterinya itu ke Dublin, Ireland selepas selesai majlis persandingan di pihak lelaki nanti. "Kebetulan adik saya yang bekerja dan menetap di sana tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan kami, jadi kami mengambil kesempatan untuk ke sana.
Insya-Allah, saya akan mengundang semua pihak yang banyak berjasa kepada perkembangan karier seni saya pada majlis persandingan sebelah lelaki pada 10 Februari ini di Kuala Lumpur. Saya tidak akan lupa itu," kata Arash ketika dihubungi, baru-baru ini.
Sumber : Berita Harian
2 comments:
norafidahwati juga dikenali sebagai FID, tidak layak digelar perempuan...betina atau jalang ku gelar perempuan ini...ketika perhubungan fid dan arasy dilanda masalah, fid mula mencurahkan masalahnya kepada seorang kenalannya yang juga suami aku, ketika itu anakku baru berumur setahun. Betina ini mencurahkan segala masalahnya kepada suamiku dan menyatakan dia kesunyian. Arash Mohamad yang ketika itu kekasihnya telah menarik balik kereta yang diberi kepada BETINA ini...Akibat seringkali berjumpa dan makan tengah hari bersama, timbul bibit2 cinta..Ketika itu betina yang bernama Norafidah Mohamad ini mengaku jatuh cinta dengan suamiku ..nafsu fid yang bergelora telah memporak perandakan rumahtangga aku hingga aku diceraikan talak 1 oleh suami..sanggup engkau NORAFIDAWATI MOHAMAD..menghancurkan masjid yg telah dibina..demi untuk memuaskan nafsu engkau..walaupun si suami telah menunjukkan gambar aku dan anak kepada Betina ini tetapi Fid terus mengganggu suamiku..sesungguhnya aku sebagai seorang isteri hanya mampu menangis dan berdoa kepada Allah agar suami pulang ke pangkuan ku dan anak...Kepada NORAFIDAHWATI MOHAMAD yang kini isteri ARASH MOHAMAD..apa yang telah kau lakukan kepada keluarga aku, dan kau telah hancurkan kasih sayang antara aku, anak dan suami..akan ada pembalasannya...DEMI ALLAH, AKU INSAN TERANIAYA OLEH NORAFIDAHWATI MOHAMAD DAN SUAMI...
Surprise bc crite nih...ingatkn sluruh family dr kalangn baik2...
Post a Comment