Pages

Monday, January 21, 2008

KL dan Putrajaya diistiharkan Cuti Umum untuk Perayaan Thaipusam



Kini perayaan Thaipusam telah diisytiharkan sebagai cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tahun ini, yang akan disambut lusa ( 23 Januari 2008 ).


Pengumuman rasmi ini disampaikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran MIC Wilayah Persekutuan, semalam. Kerajaan membuat keputusan itu sebagai menghormati permintaan masyarakat India dan penganut Hindu.


Masyarakat India, terutama di Kuala Lumpur, telah lama mengharapkan kerajaan mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum dan ketika merasmikan Pesta Ponggal di Jalan Masjid India malam tadi, Perdana Menteri berjanji untuk menimbangkan permintaan mereka.


Cuti umum ini akan membolehkan lebih ramai penganut yang beragama Hindu, khususnya dari Selangor dan Kuala Lumpur dan sekitarnya, berkumpul di Batu Caves untuk menyambut perayaan Thaipusam tahun ini, katanya. "Saya sendiri juga tidak perlu menghadiri mesyuarat Kabinet Rabu ini kerana Putrajaya juga bercuti, maka saya akan berada di Batu Caves nanti," kata Menteri Kerja Raya itu. Sebagai Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu merakamkan penghargaannya bagi pihak kaum India atas keputusan kerajaan itu.

Sebelum ini hanya Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang yang mengisytiharkan perayaan Thaipusam sebagai cuti umum.


No comments: