Pages

Thursday, September 9, 2010

Hari Terakhir di bulan Ramadhan

Hari ini merupakan hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa dan pada 10hb September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431, umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Keputusan ini diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam Rabu. Tarikh ini juga ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

Sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana dapat menyambut kedatangan Syawal pada tahun ini 1431H, dengan keadaan yang aman damai disamping keluarga tercinta. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk pulang berhari raya bersama keluarga tercinta mahupun sanak saudara, hanya sampaikan salam dari perantauan mengubat rindu dan mengikat ikatan tali persaudaraan di Aidilfitri ini.

Sekali lagi, saya ingin menadah tangan rasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Islam yang dibesarkan di Malaysia dan dapat meraikan kemeriahan Syawal bersama keluarga dan sanak-saudara tercinta serta rakan taulan.

Dikesempatan ini juga, kami (rbcinematography & awien ghazi) ingin mengucapkan :

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H"




Add to FacebookAdd to Twitter


2 comments:

Cik Yayang said...

Selamat Hari Raya Aidilfiri buat Rudy & Awien
Maaf Zahir dan Batin

rudybahar said...

cik yayang :: thx to cik yayang ye, nanti bwk la apa2 yg patut ye, ketupat, sate dll dr kg, boleh lah rasa heheheee......

x sabar nak tunggu cik yayang buat open house....