Pages

Tuesday, September 28, 2010

Gadget Terbaru - Blackberry Playbook

Hari ini, Research In Motion (RIM) sempena Persidangan Tahunan Pemaju BlackBerry 2010, mengumumkan tablet terbaru - "The Playbook" oleh CEO, Mike Lazaridis. Produk terbaru ini dikatakan akan bersaing dengan produk Apple, iPad, kerana dari segi keupayaan multimedia dan "multitasking", memang terbaik.

Tablet ini menggunakan OS yang dicipta oleh QNX, dikenali sebagai BlackBerry Tablet OS yang menawarkan OpenGL sepenuhnya dan sokongan POSIX disamping "standard web" seperti HTML5 dan Flash 10.1. Ciri-ciri seperti ini memang diperlukan untuk pada masa sekarang kerana dengan kepelbagaian aplikasi di internet yang memerlukan keupayaan "Flash" sepenuhnya.

Dengan kehendak pasaran dan satu keperluan untuk masa sekarang, teknologi seperti ini memang ditunggu-tunggu oleh pengikut-pengikut "Gadget" terutamanya pengguna BB itu sendiri. Berbekalkan teknologi "Full HD" dan Multimedia berkuasa tinggi, ia menjadi pesaing paling hebat kepada semua jenis-jenis tablet yang ada di pasaran sekarang, terutamnya iPad.

Spesifikasi Utama:

* 7" LCD display, 1024 x 600 screen resolution (Multi-touch capacitive screen)
* 5.1" x 7.6" x 0.4" (130mm x 194mm x 10mm), 0.9 lbs (400g)
* 1 prosesor dual-core GHz
* 1 GB RAM
* Dual HD camera
-
3 MP high definition forward-facing camera
- 5 MP high definition rear-facing camera
* Video playback: 1080p HD Video, H.264, MPEG, DivX, WMV
* Audio playback: MP3, AAC, WMA
* HDMI video output
* Wi-Fi - 802.11 a / b / g / n
* Bluetooth 2.1 EDR
* Connecters:
Micro USB, Micro HDMI, and DLNA media streaming
* Open, flexible application platform with support for
- WebKit/HTML-5,
- Adobe Flash Player 10.1,
- Adobe Mobile AIR, Adobe Reader,
- OpenGL, Java
* Reliable BlackBerry Tablet OS, powered by QNX technology
* Ideal for games, media, apps and everything the real Internet offers
* RIM intends to also offer 3G and 4G models in the future




Produk terbaru keluaran RIM ini akan berada dipasaran Antarabangsa pada awal tahun dan di Malaysia pada suku kedua tahun 2011. Jadi kita sama-sama tunggu... ok

Untuk maklumat lanjut mengenai "Playbook" layari :

* http://na.blackberry.com/eng/
* http://press.rim.com/release.jsp?id=4577

Add to FacebookAdd to Twitter




Thursday, September 9, 2010

Hari Terakhir di bulan Ramadhan

Hari ini merupakan hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa dan pada 10hb September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431, umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Keputusan ini diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam Rabu. Tarikh ini juga ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

Sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana dapat menyambut kedatangan Syawal pada tahun ini 1431H, dengan keadaan yang aman damai disamping keluarga tercinta. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk pulang berhari raya bersama keluarga tercinta mahupun sanak saudara, hanya sampaikan salam dari perantauan mengubat rindu dan mengikat ikatan tali persaudaraan di Aidilfitri ini.

Sekali lagi, saya ingin menadah tangan rasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Islam yang dibesarkan di Malaysia dan dapat meraikan kemeriahan Syawal bersama keluarga dan sanak-saudara tercinta serta rakan taulan.

Dikesempatan ini juga, kami (rbcinematography & awien ghazi) ingin mengucapkan :

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H"




Add to FacebookAdd to Twitter


Monday, September 6, 2010

Apa nak jadi - Isu Iklan Raya TV3

Malaysia - Isu iklan raya yang menyentuh sensitiviti umat islam di Malaysia menyebabkan syarikat penyiaran terbesar ini (TV3) di kutuk dan dimaki oleh orang ramai. Kecoh sungguh isu ini di internet terutama nya diblog2 dan di Facebook. Harap-harap TV3 lebih berhati-hati dalam menyiarkan apa jua bentuk iklan dan rancangan dimasa hadapan.



Pada 5 September 2010, Syarikat Penyiaran terbesar di Malaysia (TV3), telah memohon maaf diatas penyiaran Iklan Raya 2010 di saluran Buletin Utama dan mengeluarkan beberapa statement di internet terutamanya di laman social Facebook TV3.


Di laman social Facebook TV3, terdapat komen seorang yang agak bernas untuk menjadikan isu ini kembali reda terutamanya kepada masyarakat Islam di Malaysia.


Lain blog mengenai Iklan Raya TV3 2010

1) http://tafsir-sipenulis.blogspot.com/2010/09/bukti-bergambar-kesesatan-iklan-promo.html
2) http://bloglistpolitik.blogspot.com/2010/09/maksud-tersirat-di-sebalik-iklan-hari_06.html
3) http://komenikutsuke.blogspot.com/2010/09/erti-aidilfitri-dan-iklan-raya-tv3.html





Add to FacebookAdd to DiggAdd to Del.icio.usAdd to StumbleuponAdd to RedditAdd to BlinklistAdd to TwitterAdd to TechnoratiAdd to Yahoo BuzzAdd to Newsvine

Thursday, September 2, 2010

Apa nak jadi – Isu Perairan Bintan ( Rakyat Indonesia terPatriotik)

Dek kerana tindakan segelintir rakyat Indonesia yang berdemonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta baru-baru ini sehingga sanggup membakar Jalur Gemilang dan melontar najis manusia sama sekali membuktikan bahawasanya yang mereka ini (rakyat Indonesia) berpendidikan rendah dan hidup dalam kemiskinan. Mereka ini juga menjadi boneka dan mangsa permainan media-media di Indonesia

Sangat diakui, bahawa semangat patriotik mereka begitu tinggi sehingga apa jua tindakan yang diambil oleh mereka tanpa menggunakan akal fikiran masing-masing. Pernah mereka terfikir yang negara yang mereka caci dan maki ini (Malaysia) menjadi medan dan periuk nasi hampir 1 juta rakyat Indonesia yang bekerja disini. Ini tidak termasuk mereka – mereka yang masuk ke negara ini tanpa izin (PATI). Mungkin mereka –mereka yang membuat demonstrasi ini tidak pernah datang ke Malaysia yakni syurga pekerjaan bagi mereka yang amat sukar mencari pekerjaan di sana (Indonesia).

Isu Indon2

Isu – isu ini menjadi hangat apabila dikatakan Malaysia merendahkan maruah republik itu dalam insiden di Perairan Bintan pada 13 Ogos 2010 yang lalu. Dalam kejadian itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada mulanya telah menahan tujuh daripada 15 orang nelayan Malaysia yang didakwa menceroboh kawasan perairan Indonesia tetapi Polis Marin Malaysia pula dilaporkan menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian itu dengan dakwaan mereka menceroboh perairan Malaysia.

Isu Indon Amat jelas sekali isu ini hanya melibatkan permasalahan perairan kedua-dua belah negara (Indonesia dan Malaysia), tetapi telah di permainkan oleh pihak media Indonesia untuk menjari publisiti & berita sensai serta “ranking” bagi kepentingan populariti antara satu sama lain. Kalau nak di ikutkan permasalahan ini, rakyat Indonesia juga banyak sekali memasuki negara ini secara haram dan mendatangkan begitu banyak sekali masalah kepada rakyat Malaysia khususnya. Biarkan saya masalah ini diselesaikan oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab bagi kedua-dua belah negara demi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Fikir dan renung-renungkan lah……..




Add to FacebookAdd to DiggAdd to Del.icio.usAdd to StumbleuponAdd to RedditAdd to BlinklistAdd to TwitterAdd to TechnoratiAdd to Yahoo BuzzAdd to Newsvine


Sesuatu Yang Baru - Episod 1



Setelah Sekian lama menyepi dari dunia blogging ini, sekarang kembali aktif dek kerana persekitaran. Last entry adalah pada bulan June 2008..( fuuhh 2 tahun gak menyepi ni ), ini mungkin kerana tak ada masa untuk berblogging dek kerana kesibukan kerja. di tempat lama

Tapi kini setelah bekerja sendiri didalam dunia produksi bersama-sama rakan seperjuangan, masa untuk berblogging dapat di kuis-kuis sedikit sambil bercerita mengenai cerita-cerita semasa...

Sedikit perubahan dilakukan untuk memberi imej dan dimensi yang baru kepada brodinthebest.blogspot.com - takkan melayu hilang di dunia.


"Page Header" yang serba baru.

Akan bersambung.......



Another blog from me :

twofivecreativemoment - Hasil kerja



Add to FacebookAdd to DiggAdd to Del.icio.usAdd to StumbleuponAdd to RedditAdd to BlinklistAdd to TwitterAdd to TechnoratiAdd to Yahoo BuzzAdd to Newsvine