Pages

Monday, December 31, 2007

Sambutan Tahun Baru 2008

Kemeriahan kini kian terasa, kerana hanya tinggal beberapa jam sahaja untuk meraikan ketibaan tahun 2008. Segala persiapan sambutan kali ini di adakan di 3 lokasi yang berbeza di sekitar Kuala Lumpur, 1 di Mutiara Damansara - TheCurve


Lokasi : -

1) Dataran Merdeka - Bermula dari jam 0900 malam

2) KLCC - Bermula dari jam 0900 malam

3) Sungai Wang Plaza - Bermula dari jam 0700 malam

4) TheCurve - Mutiara Damansara - Bermula dari jam 0700 malam

Friday, December 28, 2007

2007 bakal menjadi sejarah

Hari ini, semalam dan esok bakal menjadi sejarah dalam kalendar yang membentuk kita menjadi dewasa dan mengerti asam garam kehidupan kekeluargaan, kemasyarakatan dan kehidupan. Lakaran sejarah ini akan terbuku dalam setiap hati sanubari manusia, dalam bentuk kenangan dan memori suka-duka & pahit getir.


Tetapi sejarah ini juga yang mengajar manusia akan erti kehidupan yang lebih bemakna dalam setiap detik saat & ketika supaya menghargainya, dan ia juga mengharapan pengertian dari makluk yang berakal untuk menerajui alam. Oleh itu jadikan lah sesuatu perkara dan peristiwa pada hari ini, semalan dan esok suatu kenangan yang terindah dalam diari kehidupan manusia